BERITA SEMASARENCANA

Tanjak Merdeka dapat permintaan tinggi menjelang sambutan Hari Kebangsaan

PUTRAJAYA – Sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-67 tahun ini, kira-kira 1,500 tanjak dengan motif Jalur Gemilang dihasilkan oleh Karya Nuriz.

Pembuat tanjak, Suhaimi Sulaiman , 54, berkata, permintaan ‘Tanjak Merdeka’ mendapat sambutan yang menggalakkan terutama sepanjang Bulan Kebangsaan dan lebih ‘meriah’ menjelang tarikh 31 Ogos.

“Tanjak Merdeka ini dijual pada lingkungan harga RM40 hingga RM50 bergantung kepada rekaan dan  tanjak itu sendiri sama ada untuk dewasa dan kanak-kanak,” katanya ketika ditemui Malaysia Tribune di Dataran Putrajaya hari ini.

Tanjak atau tengkolok merupakan perhiasan kepala tradisional yang dipakai oleh masyarakat Melayu pada suatu ketika dahulu khususnya bagi golongan lelaki.

Tanjak Merdeka Karya Nuriz yang dijual sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 pada 31 Ogos ini di Dataran Putrajaya. – Foto Najmi Zulkefle/ Malaysia Tribune

Mengulas mengenai penghayatan kemerdekaan menerusi pemakaian tanjak, Suhaimi berkata, rakyat Malaysia perlu berbangga dengan seni warisan tanjak kerana ia melambangkan jati diri bangsa.

“Kerana dia melambangkan semangat jati diri bangsa bagi yang memakainya pada Hari Kebangsaan. Jadi kepada rakyat Malaysia perlu membangga dengan adanya penampilan dengan memakai tanjak ini.

“Sempena kemerdekaan ini kita pakai tanjak untuk inspirasi kita dalam menyambut merdeka. Dengan cara ini juga seni warisan tanjak ini tidak akan dilupakan oleh generasi kini.

“Kita dah buat dalam 1,500 tanjak untuk merdeka. InsyaAllah akan habis kerana tahun-tahun lalu pun sambutan agak menggalakkan. Jadi siapa cepat dia dapat,” ujarnya.

Tambah Suhaimi, beliau berharap agar orang ramai hadir untuk memeriahkan Sambutan Hari Kebangsaan ke-67 di Putrajaya dengan memakai Tanjak Merdeka sebagai tanda kecintaan terhadap negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button