Gaya HidupRencana

Majlis iftar Malaysia Tribune perkukuh silaturahim, raih keberkatan Ramadan

PORTAL Malaysia Tribune baru-baru ini menganjurkan Majlis Iftar 2025 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) sebagai tanda penghargaan kepada kakitangan selain mengambil keberkatan menjamu orang yang berpuasa di bulan Ramadan.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh meriah itu dihadiri oleh 35 orang termasuk kakitangan dan ahli keluarga masing-masing.

Momen rakaman ahli keluarga kakitangan Malaysia Tribune yang hadir pada majlis iftar tersebut.

Pengarang Malaysia Tribune, Sharaimei Shaik Ahmedullah berkata, acara tahunan itu bukan sahaja bertujuan meraikan warga kerja portal tersebut malah turut menekankan kepentingan bersedekah kepada orang yang berpuasa.

Ia sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

“Barang siapa memberi makan orang yang berpuasa, maka baginya pahala seperti orang yang berpuasa itu, tanpa mengurangi pahala orang yang berpuasa sedikit pun.” (Hadis Riwayat Tirmidzi)

Sebahagian kakitangan portal itu menikmati hidangan iftar yang disediakan.

“Majlis ini juga menjadi platform untuk menghargai sumbangan setiap individu dalam membangunkan Malaysia Tribune, yang kini memasuki tahun kedua penubuhannya selepas dijenamakan semula.

“Sebagai pemain portal berita yang semakin kukuh dalam industri media, kami akan terus komited dalam menyampaikan berita yang berintegriti serta membina hubungan erat dalam kalangan warga kerja dan pembacanya,” kata Sharaimei.

malaysia tribune
Portal Malaysia Tribune terus komited memberikan berita yang terbaik buat khalayak pembaca.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan ramah mesra, melambangkan nilai kebersamaan dan keberkatan pada bulan penuh barakah.

Dalam pada itu, penganjur berharap agar tradisi tersebut dapat diteruskan pada tahun-tahun akan datang demi mengukuhkan ukhuwah dan keberkatan dalam organisasi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button