AUTOMOTIF & TEKNOLOGIGAYA HIDUPRENCANA

Kejayaan suntik semangat Pinn bina 20 platform digital

KUALA LUMPUR – Kejayaan anak tempatan, Pinn Yang membangunkan 20 platform digital pelbagai fungsi membuktikan komitmennya memperkukuh ekosistem teknologi Malaysia, sekali gus memudahkan kehidupan seharian rakyat.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Good Foodie Media (foodiemedia.com) berkata, visi utama inisiatif itu ialah memastikan setiap rakyat Malaysia dapat menikmati akses digital yang mesra pengguna, praktikal dan relevan.

“Daripada mencari tempat makan, merancang bajet kewangan, memantau cuaca hinggalah merancang perjalanan, semuanya kini boleh dilakukan hanya dengan beberapa klik. Setiap platform yang kami bangunkan membawa nilai sebenar kepada masyarakat,” katanya.

Antara 20 platform digital terbabit ialah Foodie.my, PenangFoodie.com, KLFoodie.com, JohorFoodie.com, MalaysiaHomie.com, TravelRookie.my, WauPost.com, Kalculator.my, WeatherToday.my, WaktuSolat.info, Rezeki.co, GoldPrice.com.my, Alat.my, Impian.co, VisitMalaysia.com.my, Pinnyang.com, Techie.my, CarBuddie.com, Monie.my dan Goie.com.

Beberapa platform sudah menjadi sebutan ramai, antaranya Foodie.my, portal kulinari yang menghimpunkan destinasi makan terbaik seluruh negara.

Pinn Yang
Portal Foodie.my menyajikan pelbagai destinasi gastronomi menarik di seluruh negara.

Untuk kewangan, Pinn memperkenalkan Kalculator.my sebagai kalkulator pintar, manakala WeatherToday.my menyediakan ramalan cuaca tepat dan WaktuSolat.info dijadikan panduan ibadah umat Islam.

Selain itu, Rezeki.co menyokong motivasi dan ilmu kewangan, GoldPrice.com.my menyalurkan maklumat harga emas semasa, manakala Alat.my memberi kemudahan produktiviti perniagaan. Tidak ketinggalan, Impian.co pula menjadi ruang inspirasi pembangunan diri.

Bagi sektor pelancongan, VisitMalaysia.com.my menyediakan panduan melancong seluruh negara, sementara Goie.com mengumpulkan senarai acara hiburan, festival dan konsert untuk warga muda serta keluarga.

Pinn menegaskan, kejayaan ini bukan sekadar pembangunan aplikasi, sebaliknya membentuk satu gaya hidup digital baharu untuk rakyat Malaysia.

Portal MalaysiaHomie.com turut diasaskan Pinn dalam menawarkan bahan bacaan bermanfaat buat khalayak.

“Ekosistem digital Malaysia semakin matang, dan kami bangga menjadi sebahagian daripada transformasi ini,” ujarnya.

Pinn yang sebelum ini mengasaskan jenama digital popular seperti PenangFoodie.com, KLFoodie.com, JohorFoodie.com, MalaysiaHomie.com, TravelRookie.my dan WauPost.com, kini mengukuhkan reputasinya sebagai salah seorang peneraju inovasi digital tempatan.

Kewujudan 20 platform ini bukan sahaja memperlihatkan keupayaan anak muda Malaysia dalam membangunkan teknologi, malah membuktikan solusi digital tempatan mampu bersaing dan memberi manfaat besar dalam kehidupan seharian rakyat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button