GAYA HIDUPRENCANA

Ezycafe tawar 80 hidangan bufet Ramadan

PENGALAMAN berbuka puasa di hotel dan restoran sudah menjadi sebahagian daripada budaya masyarakat kita setiap kali tiba bulan Ramadan.

Kehadiran bulan puasa juga menyaksikan outlet-oulet makanan dibanjiri pengunjung yang tidak mahu melepaskan peluang untuk menikmati kepelbagaian sajian melalui pakej-pakej bufet.

Salah satu daripada destinasi yang menjadi pilihan Malaysia Tribune kali ini adalah Ezycafe by Ezydurian yang terletak di Persiaran Universiti (UKM), Seksyen 3 Bandar Baru Bangi.

Hidangan kuih-muih yang pasti membuka selera.

Bermula dari 2 Ramadan sehingga 25 Ramadan ini, Ezycafe menawarkan lebih daripada 80 hidangan dengan tema hidangan selera kampung yang pasti memuaskan citarasa anda.

Antara menu yang menjadi ‘signature’ di sini adalah Chicken Grill, Lamb Grill, Ikan Bakar, Chicken Chop dan Lamb Chop.

Pengasas dan pemilik Ezycafe by Ezydurian, Khairul Anuar Mohamadiah berkata, pakej bufet Ramadan yang diperkenalkan sejak dua tahun lalu itu dijamin memberi kepuasan rasa kepada pengunjung.

Beberapa gerai hidangan istimewa turut disediakan untuk mereka yang memilih juadah-juadah lebih ringkas.

Beliau berkata, bagi menambah variasi bufet, Ezycafe turut menawarkan empat tema menu yang akan ditukar pada setiap minggu untuk memberikan pengalaman iftar yang berbeza setiap kali kunjungan.

“Sayangnya Ramadan tahun ini jatuh di luar musim durian, jadi tiada jualan durian seperti biasa. Tapi Ezycafe tidak lupa untuk menyajikan hidangan berasaskan durian.

“Antara menu yang pasti mencuri tumpuan adalah serawa durian. Walaupun tidak dapat menikmati durian segar, rasa lemak manis durian sejuk beku pasti dapat dirasai dalam hidangan istimewa ini,” katanya pada majlis pelancaran Bufet Ramadan Ezycafe by Ezydurian baru-baru ini.

Khairul Anuar berkata, selain dari menu yang menggugah selera, pihaknya juga memberi keutamaan terhadap kemudahan-kemudahan untuk kegunaan pelanggan.

“Dengan dua dewan utama berhawa dingin, surau yang selesa dan tandas yang lengkap, pelanggan pasti berpuas hati menikmati hidangan dalam suasana tenang dan selesa.

“Dari segi kapasiti, restoran ini mampu menampung sehingga 500 orang pelanggan dan sesuai untuk tempahan syarikat kecil dan sederhana,” katanya.

Lebih daripada 80 hidangan dan lauk pauk selera kampung disajikan kepada pelanggan bufet Ramadan tahun ini.
Pilihan aneka air untuk menyejukkan tekak selepas sehari berpuasa.

Menurut Khairul Anuar, pakej bufet Ramadan di EzyCafe bermula pada harga yang sangat berpatutan, iaitu RM60 untuk dewasa dan RM35 untuk kanak-kanak.

“Untuk yang ingin menikmati potongan harga, mereka boleh membuat tempahan sebelum 28 Februari dan menikmati diskaun sebanyak RM15 melalui kerjasama Ezycafe dengan Shopback.

“Ini tentunya menjadi peluang terbaik untuk mendapatkan harga yang lebih murah. Lebih menarik, kanak-kanak bawah tiga tahun boleh menikmati hidangan percuma!, ” katanya lagi.

Tambahnya, bagi mereka yang mencari tempat berbuka puasa dengan suasana yang tenang, Ezycafe by Ezydurian adalah pilihan yang tepat .

Kuih raya termasuk yang dihasilkan dari pes durian turut dijual di Ezycafe.

Lokasi Ezycafe:
EzyCafe by EzyDurian
Jalan 3/69, Persiaran Universiti, Seksyen 3,
Bandar Baru Bangi, Selangor
Telefon: +60 13-388 1200
Email: Ezycafebangi@gmail.com

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button