
Euro 2024: Mampukah Sepanyol pecah rekod Kejuaraan Eropah paling banyak?
SELEPAS memenangi Kejuaraan Eropah pada tahun 1964, 2008 dan 2012, Sepanyol kini hanya selangkah lagi untuk mencipta sejarah sebagai pasukan paling berjaya dalam sejarah kejohanan ini.
Ketika ini Sepanyol dan Jerman adalah pasukan paling berjaya dalam sejarah Kejohanan Eropah, dengan masing-masing mempunyai tiga gelaran dan diikuti oleh Perancis dan Itali dengan dua gelaran.
Setelah kekalahan yang mengecewakan di separuh akhir Euro 2020 kepada Itali dan tewas kepada Maghribi di Piala Dunia Qatar, Sepanyol akhirnya bangkit sebagai pasukan pilihan untuk menjulang Kejuaraan Eropah buat kali keempat.
Apabila menelusuri Euro 2024, Sepanyol berjaya menjuarai Kumpulan B dengan bergaya dan mara ke perlawanan akhir dengan penuh meyakinkan selepas menewaskan Georgia, Jerman dan Perancis.
Kini mereka akan berdepan England dalam perlawanan akhir di Stadium Olympia Berlin pada awal pagi Ahad ini.
Walaupun rekod pertemuan mereka dengan England tidak begitu memberangsangkan, seluruh penyokong Sepanyol tetap yakin dengan peluang mereka selepas persembahan yang dipamerkan di Euro 2024.
Pemain utama yang akan menjadi tumpuan dalam pasukan Sepanyol adalah Alvaro Morata, Dani Olmo, Lamine Yamal dan Nico Williams.
Penyerang RB Liepzig, Dani Olmo telah menjaringkan tiga gol dan mencatatkan dua bantuan gol dalam sepanjang kejohanan ini.
Kemudian penyerang Athletic Bilbao, Nico Williams pula memainkan peranan penting dengan kepakarannya dalam membuat hantaran silang untuk mencipta peluang menjaringkan gol.
Sebelum itu, pemain tengah, Rodri bertindak sebagai enjin pasukan dengan kebijaksanaan dalam menghentikan serangan balas pihak lawan.
Sementara itu, bintang muda, Lamine Yamal telah memecahkan rekod sepanjang kejohanan ini dengan menjadi pemain paling muda menjaringkan gol iaitu berusia 16 tahun.
Sepanyol kini bersedia untuk mencipta sejarah baru dengan menambah satu lagi kejayaan Kejohanan Eropah dalam koleksi mereka.
Perlawanan akhir menentang England pasti akan menjadi ujian getir, tetapi keyakinan tinggi dalam pasukan Sepanyol memberi harapan besar kepada penyokong mereka.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |