
HARI Rabu, 14 Februari 2024 (semalam) adalah merupakan hari pemilihan Presiden Indonesia bagi penggal 2024 – 2029.
Presiden Joko Widodo atau Jokowi telah pun selesai menjalani masa pemerintahannya sebagai Presiden Indonesia selama 2 penggal.
Dengan itu beliau sudah tidak boleh lagi menawarkan dirinya untuk jawatan tersebut.
Ada 3 pasangan yang akan bertanding bagi merebut jawatan tersebut.
Pasangan pertama adalah Anis Baswedan dan Muhaimin Iskandar.
Pasangan kedua adalah Prabowo Subianto dan Gibran Rakabuming.
Dan pasangan ketiga adalah Ganjar Pranowo dan Mahfud MD.
Banyak pihak dan ini termasuk saya, meramalkan bahawa pasangan Prabowo dan Gibran akan memenangi pemilihan Presiden Indonesia pada kali ini.
Kemenangan Prabowo – Gibran penting bagi meneruskan dasar-dasar pembangunan dan pelaburan yang telah dibina oleh Presiden Jokowi.
Terutamanya dalam meneruskan hubungan perdagangan dan pelaburan dengan Negara China yang begitu mesra pada era pemerintahan Presiden Jokowi.
Saya menyokong penuh dasar-dasar pembangunan dan pelaburan Presiden Jokowi yang lebih terarah ke Pulau Borneo.
Ada banyak projek mega yang sedang di bangunkan di Kalimantan seperti Ibu Kota Nusantara atau IKN, Pelabuhan Antarabangsa Mempawah, Kilang Petrokimia, Smelter Aluminium, Kilang besi, Kilang Bateri Kenderaan Elektrik dan lain-lain lagi.
Namun persoalannya kini, apakah pasangan Prabowo dan Gibran ini mampu meraih sokongan melebihi 50 peratus?
Sekiranya tidak mampu, maka pusingan kedua pemilihan Presiden Indonesia ini akan dilakukan dan dijangka pada 26 Jun 2024.

– Dato’ Dr Ramalan Yunus
Penganalisis politik dan ekonomi bebas.
13 Januari 2024
*Penafian: Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Malaysia Tribune.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |