RENCANAGAYA HIDUP

Bank Negara Malaysia: Ketrampilan seni bina Brutalist

BANGUNAN Bank Negara Malaysia (BNM) yang terletak di Kuala Lumpur bukan sekadar mercu tanda institusi kewangan negara, tetapi juga sebuah karya seni bina yang unik dan mempunyai keistimewaan tersendiri.

Reka bentuknya berpegang kepada konsep seni bina Brutalist, satu gaya seni bina yang menekankan penggunaan bahan mentah seperti konkrit dan rekaan geometri yang teguh serta berfungsi.

Melalui satu hantaran di Facebook, wartawan terkenal, Syahril A. Kadir turut memperkatakan tentang perkara tersebut.

Tangkap layar hantaran di Facebook wartawan terkenal, Syahril A. Kadir mengenai seni bina unik Bank Negara Malaysia.

“Rupanya senibina bangunan Bank Negara di Kuala Lumpur direka dengan konsep Brutalist architecture.

“Patutlah ada ciri-ciri macam ‘ganas’ sikit. Kusam, ada elemen ‘monokrom’ bagai,” tulis beliau.

Tambah Syahril lagi, bangunan itu direkabentuk oleh arkitek bernama Datuk Nik Mohamed Nik Mahmood yang berkelulusan bidang seni bina dari Birmingham School of Architecture di United Kingdom.

No wonder warna dia semacam je, tak ceria dan macam misteri sikit,” katanya lagi.

Jika dilihat dari luar, bangunan ini mempunyai elemen yang agak ganas iaitu kusam, monokrom dan tidak dipenuhi dengan warna-warna ceria seperti kebanyakan bangunan moden zaman ini.

Ia adalah ciri utama Brutalism yang sering dikaitkan dengan bangunan institusi milik kerajaan kerana sifatnya yang kukuh dan tahan lama.

Apa yang mengkagumkan, Datuk Nik Mohamed baru berusia 30 tahun ketika diberi kepercayaan mereka bentuk ibu pejabat Bank Negara Malaysia ini.

Reka bentuk Brutalist bukan sekadar gaya seni bina yang menonjolkan rupa fizikal, tetapi juga membawa maksud dan fungsinya tersendiri.

Reka bentuk Brutalist bangunan Bank Negara Malaysia bukan sekadar gaya seni bina yang menonjolkan rupa fizikal, tetapi juga membawa maksud dan fungsinya tersendiri.

Dengan dinding konkrit yang besar dan bentuk yang kelihatan ‘keras’, bangunan ini melambangkan kestabilan, keteguhan dan kepercayaan iaitu sesuatu yang amat penting bagi sebuah institusi kewangan seperti Bank Negara Malaysia.

Meskipun reka bentuknya nampak ‘misteri’ dan tidak seceria bangunan lain, ia memberikan satu keunikan tersendiri.

Struktur ini bukan hanya sekadar bangunan, tetapi satu warisan seni bina yang terus berdiri teguh sebagai simbol ekonomi negara.

Jadi, jika anda melewati bangunan Bank Negara Malaysia, perhatikan dengan lebih mendalam keunikan seni binanya.

Di sebalik rupa luarannya yang monokrom dan kelihatan ‘kasar’, terdapat nilai sejarah dan kejuruteraan yang luar biasa di dalamnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button