AM

Universiti Tsukuba, Universiti Waseda bakal buka cawangan di Malaysia tahun ini

KUALA LUMPUR – Dua universiti terkemuka di Jepun bakal membuka cawangannya di Malaysia tidak lama lagi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, dua universiti itu ialah Universiti Tsukuba dan Universiti Waseda yang berpangkalan di Shinjuku.

“Untuk permulaan Universiti Tsukuba akan
mula beroperasi di dalam kawasan Universiti Malaya terlebih dahulu sebelum beroperasi di kampus sendiri.

Universiti Tsukuda

“Seperti mana yang kita tahu kedua-dua universiti ini tidak mempunyai cawangan di mana-mana negara lain dan keduanya berhasrat untuk berada di Malaysia atas dasar hubungan yang baik yang telah lama terjalin antara Malaysia dan Jepun.

“Tokoh besar negara Profesor Diraja Engku Abdul Aziz juga antara tokoh negara yang mendapat pendidikan di Universiti Waseda, sebagai tanda penghormatan kepada Malaysia, universiti itu membuat keputusan untuk membuka cawangannya disini,” katanya dalam sidang media hari ini.

Okuma Auditorium, Waseda University

Terdahulu Zambry merasmikan Majlis Penutupan Persidangan Antarabangsa Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF) di Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia.

Selain itu, katanya, langkah itu juga akan dapat mengukuhkan lagi hubungan dua hala dan tanda persahabatan mereka memberikan perhatian yang khusus kepada Malaysia.

Zambry berkata, kedua-dua universiti terkemuka ini akan memulakan program mereka pada tahun ini.

Universiti Tsukuba mempunyai sejarah yang panjang dan tradisi ilmuan yang telah melahirkan beberapa Pemenang Hadiah Nobel, pemimpin dan para Olympian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button