RENCANA

10 destinasi pelancongan wajib singgah di Sabah, buat anda terpesona

DESTINASI pelancongan di Sabah menawarkan gabungan budaya, pengembaraan mendebarkan dan keindahan alam semula jadi yang menakjubkan buat pelancong dari dalam dan luar negara.

Justeru itu, sekiranya anda tertanya-tanya ke mana hendak pergi, berikut ialah senarai pilihan destinasi yang mesti dilawati sekiranya berkunjung ke Sabah.

Maliau Basin

Foto Dido

Dikatakan sebagai ‘The Lost World of Sabah’, Lembangan Maliau ialah hutan hujan terpencil dan dipenuhi panorama fauna yang terletak di Tawau.

Lekukan unik berbentuk piring, dikelilingi oleh tebing, mewujudkan ekosistem serba lengkap dengan biodiversiti yang luar biasa.

Lembangan Maliau terkenal dengan Air Terjun Maliau tujuh tingkat berwarna tannin dan Tasik Linumunsut iaitu tasik kawah yang indah tersembunyi didalam lembangan.

Disebabkan lokasinya yang terpencil, Lembangan Maliau juga merupakan syurga hidupan liar dan
rumah kepada pelbagai spesies.

Ia termasuk 300 spesies hidupan burung, primat mamalia, reptilia, amfibia serta keajaiban botani seperti pokok Agathis yang tinggi dan kepelbagaian orkid.

UTAN Rainforest Lodge

Foto Borneo Eco Tours

Sebuah kawasan mesra alam yang baharu di Sabah, UTAN Rainforest Lodge ialah sebuah penginapan eko yang luar biasa dan terletak di tengah-tengah Rizab Rimba Dara Sungai Kapur, berhampiran Rizab Hidupan Liar Tabin yang terkenal di Lahad Datu.

Dibuka pada tahun 2023, UTAN Rainforest Lodge menawarkan peluang buat pengunjung untuk menyelami keindahan dan biodiversiti hutan hujan Borneo.

Dikelilingi tumbuh-tumbuhan yang lebat dan hutan bakau yang subur, Utan Rainforest Lodge menyediakan tempat percutian yang tenang dan semula jadi.

Pengunjung boleh menikmati pengalaman bertemu hidupan liar dan burung yang mengasyikkan.

Gunung Trusmadi

Foto Leon Kuan

Walaupun Gunung Kinabalu sering mencuri tumpuan di Sabah, satu lagi puncak megah menanti anda yang mencari pendakian yang lebih lasak dan mencabar ialah Gunung Trusmadi.

Gunung Trusmadi merupakan lokasi yang pernah popular sebagai tempat memburu oleh penduduk tempatan.

Memiliki ketinggian 2,642 meter dari paras laut, Gunung Trusmadi ialah gunung kedua tertinggi di Malaysia.

Tidak seperti Gunung Kinabalu, Gunung Trusmadi menawarkan pendakian yang lebih curam dan berbatu susulan ia kedudukannya yang terletak pada lereng yang curam dan rupa bumi yang sering berlumpur.

Denai Gunung Trusmadi turut menyajikan pemandangan hutan hujan yang subur dengan kepelbagaian flora dan fauna.

Lerengnya adalah habitat kepada pelbagai tumbuhan dan haiwan, termasuk tumbuhan periuk kera yang unik, burung berwarna-warni dan pelbagai mamalia.

Pulau Sipadan

Foto Scubazoo

Terkenal sebagai salah satu destinasi menyelam utama dunia, Pulau Sipadan pernah menerima pujian oleh ahli oseanografi lagenda, Jacques Cousteau.

Pulau lautan ini merupakan syurga bagi kepelbagaian biologi marin, menarik minat penyelam dan peminat snorkelling dari seluruh dunia.

Seperti kebanyakan destinasi di Sabah, pembentukan geologi unik di pulau Sipadan menyumbang kepada dunia marin yang luar biasa.

Landskap marin Sipadan menawarkan kaleidoskop warna dan tekstur yang menarik seperti
terumbu karang yang dipenuhi m habitat kepada pelbagai spesies ikan.

Penyelam mungkin menemui penyu, pari manta dan juga jerung kepala tukul, sekali gus menjadikan setiap penyelaman satu pengalaman yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Untuk memastikan kemampanan persekitaran bawah air Sipadan, penyelam dinasihatkan untuk memiliki lesen selam Advanced Open Water sebelum memohon permit untuk melakukan aktiviti ini.

Sungai Kinabatangan

Foto Vanesa Sanchez

Sungai Kinabatangan merupakan sungai terpanjang di Sabah yang mengalir melalui dataran banjir bagi mewujudkan ekosistem yang unik dan penting.

Dataran banjir itu yang dahulunya merupakan kawasan hutan hujan asli yang luas, kini menjadi mozek hutan, paya dan tanah pertanian yang menawarkan pelbagai aktiviti dan alam semula jadi.

Kinabatangan adalah syurga bagi biodiversiti, menyokong kehidupan pelbagai flora dan fauna yang luar biasa.

Monyet proboscis, harimau dahan, gajah borneo dan orang utan adalah antara hidupan liar yang ada di Kinabatangan, selain pelbagai jenis ikan, reptilia dan burung-burung.

Pelayaran di sepanjang sungai selalunya memberi anda peluang untuk melihat hidupan liar ‘Borneo Big 5’ antaranya gajah Borneo, orang utan, monyet proboscis, burung kenyalang dan buaya tembaga.

Kampung Budaya Borneo

Dengan lebih 35 kumpulan etnik dan kira-kira 200 kumpulan sub-etnik di Sabah, adalah mustahil untuk mempelajari gabungan warisan budaya ini dalam masa yang singkat.

Perkampungan Budaya Borneo adalah perkampungan budaya terbesar di Sabah yang menawarkan pengalaman unik dan mengasyikkan dalam pelbagai budaya orang asli Borneo.

Muzium hidup ini mempamerkan rumah tradisional, adat resam dan gaya hidup enam kumpulan etnik yang berbeza di Sabah antaranya Murut, Lundayeh, Rungus, Kadazan Penampang, Bajau dan Dusun Papar.

Kampung budaya ini direka dengan teliti sama seperti persekitaran hidup asli setiap kumpulan etnik, lengkap dengan rumah panjang tradisional, peralatan buatan tangan dan hiasan yang cukup kreatif.

Selain lawatan berpandu, anda juga akan dihiburkan dengan persembahan kebudayaan yang menakjubkan dan berpeluang merasai makanan eksotik.

Mount Kinabalu International Climbathon

Foto Sri Pelancongan Sabah

Mount Kinabalu International Climbathon ialah pertandingan pendakian tahunan yang merupakan acara utama dalam kalendar acara Sabah.

Climbathon ini terkenal dengan laluan yang mencabar dan pemandangan yang menakjubkan di Gunung Kinabalu iaitu puncak tertinggi di Malaysia.

Dijadualkan pada Oktober 2025, perlumbaan Climbathon ini meliputi jarak sejauh 26 kilometer dengan sebahagian besar melibatkan pendakian dan penurunan curam di kawasan sukar.

Acara ini boleh disertai oleh atlet elit dan pelari amatur dari seluruh dunia yang mencari cabaran yang unik dan tidak dapat dilupakan.

Tanjung Simpang Mengayau

Foto Jollence Lee

Kudat, yang terletak di bahagian paling utara Sabah terkenal dengan pantai berpasir putih yang menakjubkan.

Lokasi ini terletak berhampiran dengan pantai Kalampunian dan Tanjung Simpang Mengayau juga dikenali sebagai ‘Tip of Borneo’.

Ciri yang paling menarik di Tanjung Simpang Mengayau adalah lokasinya yang dramatik, di mana Laut Celebes dan Laut Sulu.

Pada petang yang cerah, Tanjung Simpang Mengayau juga menyediakan latar belakang yang menakjubkan untuk melihat matahari terbenam.

Pengunjung boleh menikmati suasana matahari terbenam yang mewarnai langit dengan cahaya indah.

Tamu Besar Kota Belud

Tamu Besar Kota Belud adalah acara yang berlangsung secara tahunan yang diadakan pada bulan Oktober setiap tahun.

Acara ini merupakan kemuncak utama dalam kalendar acara Sabah yang mampu menarik ribuan pengunjung dari dalam dan luar negara.

Persembahan kebudayaan, sukan tradisional dan pelbagai pasar adalah antara tarikan utama Tamu Besar yang menyaksikan masyarakat Bajau tempatan berkumpul untuk mempamerkan kekayaan warisan mereka.

Regatta Lepa, Semporna

Regatta Lepa ialah pesta air meriah yang diadakan setiap tahun di pantai timur Semporna, Sabah bagi meraikan tradisi budaya yang kaya bagi kumpulan etnik Bajau Laut, juga dikenali sebagai Sea Gypsies.

Suku nomad yang unik ini mempunyai hubungan yang mendalam dengan laut yang terdiri daripada tukang bot dan nelayan yang tinggal di atas air.

Kemuncak Regatta Lepa ialah perarakan perahu ‘lepa’ yang direka dengan indah dan berwarna-warni, selari dengan kesenian budaya dan semangat komuniti.

Kapal layar tradisional ini, sering dihiasi dengan ukiran yang rumit dan warna-warna terang, meluncur dengan gah di perairan, diiringi dengan tarian tradisional Bajau yang berirama dan mempesonakan yang dikenali sebagai Igal-Igal.

Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai Sabah dan mendapatkan idea tentang perkara yang boleh anda lakukan sepanjang 2025, ikuti kami di saluran media sosial atau layari https://sabahtourism.com/

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button