
Rangka ditemui di ladang sawit sah milik Muhammad Syafiq
TAMPIN – Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) yang dijalankan terhadap rangka yang ditemui di ladang kelapa sawit dekat Felda Sungai Kelamah, Gemas, di sini, bulan lalu disahkan milik Muhammad Syafiq Salehin yang dilaporkan hilang pada Mac lalu.
Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Amiruddien Sariman berkata, laporan DNA itu mengesahkan rangka itu adalah milik Muhammad Syafiq Salehin yang dilaporkan hilang pada 25 Mac lalu.
“Polis menerima maklumat daripada orang awam mengenai penemuan rangka manusia bersama sebuah motosikal dekat sebuah ladang kelapa sawit Felda Sungai Kelemah, jam 2.50 petang 29 April lalu.
“Turut ditemui tali pinggang dan topi keledar. Rangka dihantar ke Bilik Mayat Jabatan Forensik Hospital Tampin untuk bedah siasat dan ujian DNA,” katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, kes disiasat sebagai laporan mati mengejut (SDR) dan siasatan lanjut masih diteruskan,” katanya.
Pada 29 April lalu, media melaporkan, rangka manusia daripada pinggul hingga kaki ditemui di dalam parit kering dan sebuah motosikal jenis Yamaha LC 135 warna biru.
Kehilangan Muhamad Syafiq yang menetap di Kampung Paya Lebar, Air Kuning Selatan, di sini, disedari oleh isterinya sebelum membuat laporan polis.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








