BERITA SEMASADALAM NEGERI

Rakaman audio dalam mesyuarat agensi kerajaan disiasat MCMC

KUALA LUMPUR – Penyebaran sebuah audio yang didakwa dirakam ketika mesyuarat dalaman sebuah agensi kerajaan kini sedang disiasat dan dipantau oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), hari ini.

Dalam satu kenyataan, MCMC memaklumkan bahawa platform Facebook telah menyekat audio berkenaan kerana melanggar dasar kandungan mereka.

“Untuk makluman, tindakan pemantauan dan siasatan oleh MCMC dijalankan berdasarkan aduan yang diterima daripada orang ramai.

Dalam hal ini, tindakan sekatan oleh pihak Facebook (Meta) dibuat sepenuhnya berdasarkan pelanggaran garis panduan komuniti dan piawaian kandungan platform berkenaan,” ujar kenyataan itu.

Klip audio berdurasi dua minit 26 saat itu tular di media sosial lebih awal hari ini dan dipercayai dirakam semasa mesyuarat sebuah agensi kerajaan. Rakaman itu memperdengarkan suara seorang individu sedang memarahi kakitangan di bawahnya.

Menurut MCMC, pihaknya memandang serius tindakan memuat naik atau berkongsi audio dan video tanpa kebenaran, terutama jika kandungannya berpotensi melanggar privasi, mengandungi maklumat mengelirukan, berunsur jelik, atau boleh menimbulkan kegusaran kepada individu yang terlibat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button