POLITIK

Rafizi umum sidang media khas bersama Ahli Parlimen PKR esok

KUALA LUMPUR – Bekas Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Rafizi Ramli bakal mengadakan satu sidang media khas bersama beberapa Ahli Parlimen PKR esok.

Melalui satu hantaran di Facebook, Rafizi berkata, sidang media itu akan berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Subang di Puchong, Selangor pada pukul 9 pagi.

Rafizi akan mengadakan sidang media khas bersama Ahli Parlimen PKR esok.

“Sidang media ini akan turut disiarkan secara langsung di semua platform media sosial saya,” tulis.

Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai agenda sidang media tersebut, namun dijangka akan menyentuh isu-isu semasa dan perkembangan politik mutakhir melibatkan PKR dan kerajaan perpaduan.

Hantaran itu berjaya meraih 3,300 reaksi, 731 komen dan 337 perkongsian.

“Semoga Allah permudahkan segala urusan YB dan team HIRUK,” komen Azlita Aziz.

“Kalau YB keluar dari PKR, YB telah kecewakan ramai orang yang nak sesuatu yang berbeza daripada ahli politik,” komen Chey Chen pula.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button