Putrajaya tewaskan Perlis, regu & kuadran sah ke pusingan kedua Piala Tun Ali
MELAKA – Regu Putrajaya mengesahkan kemaraan ke pusingan kedua Piala Tun Ali 2025 selepas menundukkan Perlis 15-10, 15-7 dalam aksi Kumpulan G di Dewan MBMB, Bukit Serindit, semalam.

Aksi bertenaga sejak set pertama memastikan wakil Putrajaya tidak memberi ruang kepada Perlis untuk bangkit, sekali gus mengesahkan slot ke pusingan seterusnya.
Jurulatih Putrajaya, Masnawi Misran berkata, kemenangan itu hasil disiplin taktikal dan fokus tinggi pemainnya sepanjang perlawanan.
“Alhamdulillah, pemain berjaya mengikuti arahan dan kekal konsisten dari awal hingga akhir. Ini kemenangan penting sebagai persiapan menghadapi cabaran lebih sengit di pusingan kedua,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.
Selain regu Putrajaya, pasukan kuadran Putrajaya turut mara ke pusingan kedua selepas menewaskan Perlis 15-11, 15-7 dalam aksi Kumpulan E.

Dengan kejayaan kedua-dua kategori itu, Putrajaya kini tampil sebagai antara pasukan yang menunjukkan prestasi konsisten dalam kejohanan edisi ini.
Sebelum itu, beberapa pasukan lain turut mengesahkan slot pusingan kedua termasuk Mara, Selangor, Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kedah serta Melaka yang muncul juara kumpulan masing-masing.
Aksi kalah singkir bagi melengkapkan senarai pasukan mara ke pusingan kedua dijadual bermula Khamis ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








