BERITA SEMASA

Program Korban Kasih KPKT beri peluang hayati makna sebenar pengorbanan

CYBERJAYA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menjadi tuan rumah kepada Program Korban Kasih Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Bersama Warga Bomba di Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Cyberjaya, di sini pagi tadi.

Selain mengeratkan hubungan silaturrahim dan memupuk semangat kerjasama, program ini turut memberi peluang kepada semua menghayati makna sebenar pengorbanan, terutamanya dalam konteks anggota bomba yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan nyawa dan harta benda orang ramai.

bomba malaysia
Program hari ini turut memberi peluang kepada semua menghayati makna sebenar pengorbanan, terutamanya dalam konteks anggota bomba yang setiap hari mempertaruhkan nyawa demi menyelamatkan nyawa dan harta benda orang ramai.

Disempurnakan oleh Ketua Pengarah JBPM, Datuk Ts. Nor Hisham Mohammad, program ini menyaksikan sebanyak 36 ekor lembu dikorbankan hasil penyertaan warga kementerian dan jabatan serta sumbangan daripada agensi di bawah KPKT.

Bermula seawal 8 pagi, program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada warga kerja kementerian, jabatan serta agensi dengan penglibatan keseluruhan dianggarkan seramai kira-kira 360 orang petugas.

Kesemua daging yang dilapah kemudiannya diagihkan kepada para peserta, warga JBPM dan kementerian termasuklah 1,000 orang penerima yang terdiri daripada golongan asnaf di Parlimen Sepang.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button