PRN Sabah: ‘Bikin Balik Sabah’ pembakar semangat BN
KOTA KINABALU – Slogan ‘Bikin Balik Sabah’ akan menjadi pembakar semangat Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, slogan berkenaan merupakan manifestasi kepada perjuangan dalam memulihkan ekonomi negeri supaya dapat menjana peluang pekerjaan untuk anak tempatan, menarik pelaburan serta membolehkan belia, wanita dan usahawan desa berdikari.
“Sabah sentiasa untuk rakyat Sabah dan kita mahu slogan kita ‘Bikin Balik Sabah’ ini mesti kita betul-betul lakukan. Kita mahu PRN pada kali ini, kita lakukan game changer (pencetus perubahan), kita lakukan perubahan-perubahan yang drastik untuk rakyat Sabah.
“Ekonomi Sabah mesti dihidupkan semula supaya rezeki rakyat Sabah bukan hanya diberikan pada kroni-kroni,” katanya ketika berucap melancarkan Jentera BN bagi PRN Sabah, hari ini.
Hadir sama, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan; Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin; Naib Pengerusi BN merangkap Presiden MCA, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong; Naib Pengerusi BN merangkap Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS, Datuk Arthur Joseph Kurup; Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan Bendahari Agung BN, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.
Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, menerusi slogan sama, BN akan memastikan perpaduan di Sabah dapat diperbaiki dan tidak boleh lagi terperangkap dalam drama perebutan kuasa yang hanya menjadikan keharmonian terancam.
“Kita perlu kerajaan yang matang, berintegriti dan fokus membina rakyat supaya rakyat tidak digunakan sebagai drama politik ataupun rakyat mahu supaya masa depan dan perpaduan dalam kalangan rakyat Sabah terjamin,” katanya lagi.
Beliau turut berkata, kestabilan politik juga ditekankan di bawah slogan sama kerana ia kunci utama yang dapat memacu Sabah menjadi negeri maju dan makmur.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |









One Comment