BERITA SEMASAPOLITIK

WARISAN sergerak solo, tolak kerjasama dengan parti lain pada PRN 17

KOTA KINABALU – Parti Warisan (WARISAN) sebulat suara memutuskan untuk bertanding di semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17), tanpa bekerjasama dengan mana-mana parti politik lain.

Bernama melaporkan, Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, keputusan itu dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Tertinggi Warisan yang dipengerusikannya hari ini.

“Parti telah memutuskan secara sebulat suara untuk bertanding 73 kerusi DUN. Maknanya tiada gabungan atau kerjasama dengan parti lain. Jangan percaya jika ada gambaran sebaliknya.

“Ini keputusan parti, bukan keputusan presiden seorang,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat berkenaan.

Mengikut peruntukan, DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 November ini sekiranya ia tidak dibubar lebih awal, sekali gus membuka laluan kepada PRN17.

Mohd Shafie menegaskan, WARISAN hanya akan bekerjasama dengan rakyat Sabah dengan memberi tumpuan memenuhi keperluan asas seperti bekalan air, elektrik dan prasarana jalan raya di seluruh negeri.

Mengulas lanjut mengenai keputusan parti itu untuk bergerak solo, beliau berkata pengalaman kerjasama sebelum ini bersama pelbagai parti politik gagal membuahkan hasil positif kerana lebih tertumpu kepada perebutan kerusi serta jawatan.

“Kebimbangan mereka (parti lain) hanya berapa kerusi yang dapat, kemudian minta jawatan menteri. Kalau tidak dapat, mereka melompat lagi. Itu pengalaman yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat Sabah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button