Politik

Warisan beri amaran tindakan undang-undang dakwaan terima dana haram

KOTA KINABALU – Parti Warisan (Warisan) memberi amaran akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengaitkan parti itu dengan tuduhan menerima dana dari aktiviti haram.

Setiausaha Agung Warisan, Datuk Loretto Padua dalam kenyataannya juga menafikan sekeras-kerasnya tuduhan parti itu menerima dana dari sindiket pengedaran dadah terbesar di Sabah.

Katanya, tuduhan yang dilemparkan adalah sebagai fitnah melampau yang bertujuan untuk menjatuhkan reputasi parti itu serta pemimpin-pemimpinnya.

“Warisan kesal masih ada segelintir pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab cuba untuk mengaitkan kes itu dengan Warisan seperti yang telah disebarkan melalui aplikasi WhatsApp,” katanya.

Semalam polis mendedahkan ketua sindiket dadah bergelar ‘Datuk’ adalah antara 10 lelaki ditahan Isnin lepas di Sabah kerana disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah, dan susulan pengumuman itu, tular satu mesej di aplikasi Whatsapp yang mengaitkannya dengan parti Warisan.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button