BERITA SEMASAPOLITIK

UMNO tegaskan tidak terlibat dalam kes penemuan wang, jongkong emas oleh SPRM

KUALA LUMPUR – UMNO tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang mengaitkan, menuduh atau mencipta persepsi bahawa parti itu mempunyai hubungan berhubung kes penemuan wang tunai dan jongkong emas di rumah ahlinya.

Setiausaha Agung UMNO, Dr. Asyraf Wajdi Dusuki berkata, UMNO memandang serius sebarang cubaan untuk mengaitkan parti itu dengan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam kes berkenaan.

“UMNO menegaskan bahawa parti ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan penemuan tersebut dan berpendirian bahawa SPRM harus diberikan ruang untuk menjalankan siasatan secara telus, bebas dan adil tanpa sebarang gangguan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merupakan suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram selepas penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safehouse susulan serbuan dilakukan pihaknya.

Fokus siasatan tertumpu kepada perbelanjaan dan perolehan dana bagi tujuan promosi serta publisiti semasa beliau menerajui pentadbiran negara.

Setakat ini, SPRM telah merakam percakapan 31 individu serta membekukan 13 akaun bank bernilai kira-kira RM2 juta dengan kesemua akaun adalah sah dan aktif.

SPRM sebelum ini telah menyita wang tunai kira-kira RM170 juta dalam pelbagai mata wang antarabangsa antaranya Baht, Riyal, Pound Sterling, Won, Euro, Swiss Franc dan Yuan, serta 16 kilogram jongkong emas tulen dianggarkan bernilai hampir RM7 juta.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button