
Tindakan Fahmi Fadzil jelaskan isu 5G dipuji Ahli Parlimen Pasir Gudang
KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim memuji tindakan Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil atas usaha beliau yang menjelaskan isu penganugerahan rangkaian 5G kedua negara kepada U Mobile Sdn Bhd.
Menurut Hassan, Fahmi yang ketika itu berada di Turki mengambil inisiatif untuk berhubung dengan beliau selepas diberitahu tentang kenyataannya mengenai isu tender rangkaian kedua 5G oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) itu.
“Saya amat menghargainya beliau (Fahmi) sanggup menghubungi saya dari luar negara untuk memberi penerangan perkara yang sebenarnya tentang isu berkenaan, bagus betul Menteri ini,” katanya dalam sebuah podcast yang disiarkan di saluran Youtube Iswardy Morni Official.
Beliau berkata demikian bagi membandingkan respon Fahmi dengan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) susulan kebimbangan beliau terhadap isu bekalan beras putih tempatan.
Pada 18 November lalu di Parlimen, Hassan mmembangkitkan mengenai isu beras putih tempatan yang didakwa sehingga kini hampir tidak terdapat di pasaran jika dibandingkan dengan beras putih import yang lebih banyak di pasaran.
Beliau turut menyarankan kerajaan, khususnya KPKM termasuk agensi Kawal Selia Padi dan Beras untuk bercakap benar mengenai situasi beras putih tempatan dalam pasaran negara.
“Dalam hal beras, saya nak macam itu juga, beritahu saya salah.
“Tujukan kepada saya… saya boleh minta maaf,” katanya lagi dalam podcast bertajuk ‘Hassan Karim – Berprinsip atau Api Dalam Sekam?’
Wakil rakyat Pasir Gudang itu juga turut menjelaskan bahawa teguran yang diberikan adalah kerana ‘sayang’ bukan berniat untuk memburukkan.
Pada 24 November lalu, Menteri Mohamad Sabu mengumumkan satu jawatankuasa khas sedang disusun bagi mencari penyelesaian kepada isu kekurangan bekalan beras putih tempatan yang berlaku ketika ini.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |