POLITIK

Setpol Anwar sahkan bertanding jawatan Ketua AMK

KUALA LUMPUR – Setiausaha Politik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, Muhammad Kamil Abdul Munim mengesahkan akan bertanding jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), hari ini.

Beliau yang kini merupakan Timbalan Ketua AMK berkata, kertas pencalonannya sudah dihantar sekitar pukul 12.30 tengah hari tadi, lapor BH Online.

Setakat pukul 2.30 petang tadi, difahamkan hanya Muhammad Kamil yang menghantar pencalonan untuk bertanding jawatan nombor satu sayap pergerakan pemuda PKR itu.

Pada pemilihan PKR tahun 2022, Muhammad Kamil menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Chua Wei Kiat bagi jawatan Timbalan Ketua AMK.

Laporan media sebelum ini menyebut, Muhammad Kamil memutuskan bersaing bagi jawatan itu bagi memperkukuhkan sayap PKR dan meningkatkan semula pengaruh parti di peringkat akar umbi.

Ketua AMK ketika ini, Adam Adli, sebelum ini dipetik sebagai berkata tidak mempertahankan jawatan itu selepas mengesahkan akan bertanding untuk merebut keanggotaan dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button