
‘Saya bercuti kerana uruskan hal dalaman parti’- Rafizi
Tugas mengurus parti tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan tugas dan masa sebagai seorang menteri
CYBERJAYA – Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli menjelaskan, tujuan utama beliau mengambil cuti baru-baru ini ini adalah bagi menguruskan hal dalaman parti berkaitan pemilihan peringkat Cabang.
Beliau dalam satu hantaran di akaun Facebooknya hari ini berkata, kerja mengurus parti memerlukan masa khusus dan tidak sepatutnya dicampuradukkan dengan tugas dan masa sebagai seorang menteri.
“Bagi saya, mengasingkan tanggungjawab sebagai seorang pemimpin parti politik dari tugasan rasmi seorang menteri adalah satu budaya politik baharu yang wajar kita semai.
“Oleh itu, saya telah membuat permohonan kepada Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) untuk bercuti dari tugas rasmi dan memberi tumpuan meredakan keadaan di peringkat akar umbi,” kata Rafizi dalam hantaran tersebut.
Jelas Rafizi yang juga Timbalan Presdien PKR, pemilihan di peringkat cabang telah mengundang beberapa fenomena baharu, dengan jumlah bantahan melebihi 190 di seluruh negara.
“Perkara-perkara ini membayangkan isu berbangkit semasa pemilihan sewajarnya diuruskan dengan baik untuk menjaga keharmonian parti di setiap peringkat, tidak kira pihak mana yang membuat bantahan.
“(Sehubungan itu) sebagai Timbalan Presiden, saya membuat keputusan untuk memberi tumpuan menguruskan perkara ini sepenuh masa, termasuk berjumpa dan mendengar sendiri isu yang dibangkitkan oleh pelbagai calon yang bertanding, tanpa mengira kumpulan,” katanya lagi.
Sebelum ini, tindakan Rafizi mengambil cuti menimbulkan persoalan ramai terutamanya golongan pembangkang yang mengatakan tindakan itu tidak wajar dibuat ketika negara sedang berdepan pelbagai cabaran ekonomi dan pelaburan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |