BERITA SEMASAPOLITIK

Saya akan letak jawatan kalau PM yang suruh – Mat Sabu

KLANG – Presiden AMANAH, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata tidak akan tunduk kepada desakan yang mahu beliau meletak jawatan sebagai Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Katanya, beliau hanya akan berbuat demikian sekiranya arahan itu datang dari Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Itu (letak jawatan) kalau perdana menteri yang suruh,” katanya ringkas ketika menjawab soalan mengenai desakan yang disuarakan oleh bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Mohamed Hanipa baru-baru ini mencabar Mohamad meletak jawatan sebagai menteri sekiranya kerajaan menghalang perhimpunan antirasuah yang berlangsung hari ini.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Nasional AMANAH 2024 di sini, hari ini.

Mohamad berkata, AMANAH tidak pernah menghalang ahli parti itu daripada menghadiri perhimpunan tersebut atas dasar demokrasi.

Sementara itu, ditanya mengenai reaksi ‘berdiam diri’ Pemuda AMANAH berhubung isu penjualan ‘Ham & Cheese’ di Universiti Malaya, beliau berkata, sayap parti itu tidak perlu mengeluarkan kenyataan yang boleh menyentuh isu perkauman.

“Kadang-kadang kita lupa bila buat kenyataan kita melukakan pihak lain sebab kita berbilang kaum,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button