Saifuddin gesa Anwar jadi ‘bapa kepada semua’, pujuk ahli terluka
JOHOR BAHRU – Ketua Sekretariat Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menggesa Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memainkan peranan menyatukan semula parti serta memujuk hati ahli-ahli yang terluka selepas pemilihan.
Beliau ketika berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional PKR 2025 berkata, Anwar perlu berperanan sebagai ‘bapa kepada semua’ dan merapatkan kembali saf ahli.
“Datuk Seri (Anwar) perlu memujuk bukan hanya satu pihak. Ada yang luka parah.
“Jangan lupa, ramai di akar umbi yang sentiasa komited, mereka juga mahu didengar dan dihargai,” katanya.
Beliau kemudiannya turut melahirkan kebimbangan terhadap masa depan Datuk Seri Rafizi Ramli dalam parti selepas kekalahannya dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden kepada Nurul Izzah Anwar.
Kata Saifuddin Nasution, Rafizi merupakan antara ‘bakat terbaik’ dalam PKR dan kekalahannya mungkin akan menyebabkan parti kehilangan khidmat serta sumbangan besar beliau.
“Saya anggap Rafizi seperti adik sendiri. Kami tidak selalu sependapat, termasuk tentang kelayakan ahli baharu bertanding jawatan parti tetapi saya tak pernah ragu tentang kemampuan dan integriti beliau,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







