BERITA SEMASAPOLITIK

Rundingan kuota parlimen Sabah, Sarawak perlu perbincangan lanjut – TPM

PUTRAJAYA – Rundingan bagi meminda kuota satu per tiga atau 35 peratus kerusi Parlimen untuk Sabah dan Sarawak perlu dibincang bersama parti komponen kerajaan MADANI, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga pihak pembangkang.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, cadangan mengenai perkara itu belum diteliti sepenuhnya kerana perlu mendapat pandangan pelbagai pihak.

“Kita juga harus duduk dengan SPR mengenai perkara ini. Bagaimanapun, apabila sampai ketikanya yang sesuai kita akan berbincang bersama ahli-ahli dan pemimpin-pemimpin parti termasuk daripada pembangkang juga.

“Maka ini seharusnya diteliti dengan sebaik-baiknya bersama-sama dengan SPR,” katanya pada Majlis Rumah Terbuka, Lebaran Kasih Aidilfitri Timbalan Perdana Menteri di Sri Satria, di sini malam ini.

Beliau yang juga Presiden UMNO menjelaskan rundingan kerjasama antara BN dan PH Sabah dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 sedang berlangsung dengan pelbagai gabungan politik dan pengumuman hanya akan dibuat jika keserasian dicapai.

Timbalan Perdana Menteri Fadillah Yusof sebelum ini menekankan rundingan berkenaan kouta itu perlu dilakukan secara bersemuka dengan Ahli Parlimen di Semenanjung, seperti pendekatan yang diambil oleh Tun Dr Wan Junaidi sebelum ini.

Ketika ini, Sabah dan Sarawak hanya memiliki 56 kerusi bersamaan 25 peratus daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen.

Manakala jumlah kerusi Parlimen di Semenanjung mewakili 75 peratus daripada 222 kerusi dan sebarang pindaan Perlembagaan di Dewan Rakyat sekaligus tidak perlu merujuk kepada Ahli Parlimen Sabah dan Sarawak kerana sudah mewakili dua pertiga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button