BERITA SEMASAPOLITIK

Rombakan Kabinet hanya diketahui selepas Pemilihan PKR Pusat selesai – Fahmi

JOHOR BAHRU – Keputusan mengenai rombakan Kabinet Kerajaan Perpaduan hanya akan diketahui selepas Pemilihan PKR Peringkat Pusat yang dijadual berlangsung pada 24 Mei ini.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, soal rombakan Kabinet merupakan hak mutlak Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan hanya beliau yang boleh memutuskannya.

“Itu adalah prerogatif Perdana Menteri. Mungkin selepas pemilihan Pusat PKR, kita akan dapat gambaran lebih jelas tentang laluan ke hadapan,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Taman Sri Skudai, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan Johor, Aznan Tamin dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai, Marina Ibrahim.

Terdahulu, Fahmi yang juga Ketua Penerangan PKR mengulas mengenai kemungkinan berlaku rombakan Kabinet susulan beberapa calon berprofil tinggi dan berjawatan dalam kerajaan tewas dalam Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat Cabang baru-baru ini.

Datuk Fahmi Fadzil, melawat Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) di Taman Sri Skudai, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Fahmi yang juga Menteri Komunikasi berkata, turun naik dalam politik adalah sesuatu yang lumrah, khususnya di peringkat akar umbi parti.

“Sudah tentu ramai yang tertanya-tanya, apa yang akan berlaku selepas ini apabila seseorang tewas di cabang. Namun dalam PKR, tidak semestinya Ketua Cabang akan menjadi calon pilihan raya,” jelasnya lagi.

Menurutnya, PKR masih membuka ruang kepada mana-mana anggota parti untuk bertanding di peringkat Pusat walaupun mereka tidak memegang jawatan di Cabang.

“Malah ada yang tidak bertanding atau kalah di Cabang, tapi akhirnya menang di peringkat Pusat. Proses ini masih berjalan,” katanya lagi.

Fahmi berkata, pencalonan bagi pemilihan peringkat Pusat akan berlangsung pada 3 dan 4 Mei, manakala pengundian secara fizikal akan dilakukan pada 24 Mei oleh perwakilan yang menghadiri Kongres PKR.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button