POLITIK

Rayuan Tajuddin akan dibawa ke mesyuarat MKT – Zahid

KUALA LUMPUR – UMNO bersedia untuk mempertimbangkan permohonan semakan semula penggantungan keahlian Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, permohonan Tajuddin itu akan dibawa ke mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Zahid berkata, beliau sendiri akan membawa perkara tersebut ke mesyuarat jawatankuasa pengurusan parti bagi mempertimbangkan nasib bekas Ahli Parlimen Pasir Salak itu.

“Saya akan bawa (permohonan Tajuddin) ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan juga Majlis Kerja Tertinggi (MKT) untuk keputusan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) pada Sabtu.

Tajuddin sebelum ini digantung keahlian selama enam tahun bermula September 2022 atas kesalahan mengkritik parti.

Beliau dilaporkan telah mengemukakan rayuan sebanyak empat kali, namun masih belum mendapat sebarang maklum balas daripada parti.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button