POLITIK

Rafizi sah pertahan jawatan

CYBERJAYA – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli sebentar tadi mengumumkan pencalonannya bagi mempertahankan jawatan tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di akaun X miliknya, sebentar tadi.

rafizi ramli
Hantaran Rafizi mengumumkan pencalonannya mempertahankan jawatan Timbalan Presdien PKR.

“Setelah dua kad kredit kena reject, satu kad debit reject, bank akaun exceed limit hahaha, akhirnya berjaya bayar yuran pencalonan.

“Saya baru sahaja selesai mendaftar sebagai calon Timbalan Presiden PKR bagi pemilihan ini,” katanya.

Dalam hantaran sama, beliau turut berkongsi gambar pencalonan jawatan tersebut yang turut tertera nama Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar.

Nurul Izzah sebelum ini sudah mengumumkan akan bertanding jawatan Timbalan Presiden.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button