POLITIK

[KEMAS KINI] PRN Pulau Pinang: DAP gugurkan Ramasamy, Chong Eng sebagai calon

CYBERJAYA – DAP Pulau Pinang tidak menamakan Timbalan Ketua Menteri 2, P. Ramasamy sebagai calon pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang pada 12 Ogos nanti.

Sebaliknya, pimpinan parti mencalonkan S. Sundarajoo bagi mempertahankan kerusi Perai yang diduduki oleh Ramasamy sejak 2008.

Pada PRU14, Ramasamy yang juga Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang menang dengan majoriti 9,049 undi dalam pertembungan enam penjuru, menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Parti Barisan Pulau Pinang (PFP), Parti Alternatif Rakyat (PAP) dan Bebas.

Selain Ramasamy, antara nama besar DAP yang digugurkan daripada bertanding adalah Ketua Wanita DAP, Chong Eng selepas parti itu menamakan Daniel Gooi Zi Sen untuk berentap di DUN Padang Lalang.

Daniel yang menyandang kerusi DUN Pengkalan Kota bagaimanapun digantikan dengan Wong Yuee Harng yang juga merupakan calon muka baharu.

Dalam pada itu, DAP juga tidak mengekalkan Syerleena Abdul Rashid bagi mempertahankan DUN Seri Delima dan meletakkan Tan Hooi Peng yang juga calon muka baharu.
Bagi kerusi DUN Sungai Puyu yang sebelum ini disandang oleh Phee Boon Poh bakal digantikan oleh anaknya, Phee Syn Tze.

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button