
PRN: Majlis Syura Pas mesyuarat minggu depan, tapis nama calon
KOTA BHARU – Majlis Syura Ulama Pas akan bermesyuarat minggu depan bagi membincangkan tapisan senarai nama calon parti yang akan bertanding di 126 Dewan Undangan Negeri (DUN), pada Pilihan Raya Negeri (PRN) membabitkan enam negeri nanti.
Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang berkata, pembahagian kerusi dengan parti komponen lain dalam Perikatan Nasional (PN) sudah selesai dan tiada sebarang masalah besar berkenaan perkara itu.
“Majlis Syura Ulama akan bermesyuarat pada minggu depan untuk membincangkan tentang tapisan calon.
“Dari segi manifesto pula, ia masih dalam perancangan,” kata Abdul Hadi selepas Himpunan Pakat Pertahan dan Pelancaran Jentera Pilihan Raya PN Kelantan, di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV, di sini malam tadi.
Hadir sama, Setiausaha Agung Perikatan Nasional, Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob.
Sebelum ini, Pengerusi PN,Tan Sri Muhyiddin Yassin memaklumkan perikatan tersebut akan bertanding di kesemua 245 kerusi DUN di enam negeri pada PRN nanti.
Bersatu bakal bertanding di 83 DUN, Pas di 126 DUN diikuti Gerakan yang akan meletakkan calon di 36 DUN lagi.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |