POLITIK

PRN: DAP umum calon Pulau Pinang, Kedah

Kon Yeow, Guan Eng dicalon pertahan kerusi di Pulau Pinang

GEORGE TOWN – Parti DAP mengekalkan Pengerusi Negeri, Chow Kon Yeow bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Padang Kota pada Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) yang bakal berlangsung 12 Ogos nanti.

Sebelum ini, beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang memenangi kerusi berkenaan dengan memperoleh sebanyak 9,278 undi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Perkara itu diumumkan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke ketika Majlis Pengumuman Calon-Calon DAP Pulau Pinang dan Kedah, hari ini.

Selain Kon Yeow, bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut dinamakan sebagai calon bagi mempertahankan kerusinya bagi DUN Air Putih.

Pada PRN kali ini, DAP mengemukakan seramai 19 calon yang bakal berentap di Pulau Pinang, dengan tujuh daripadanya merupakan muka baharu.

Sebelum ini, DAP sebulat suara untuk mengangkat Kon Yeow sebagai Ketua Menteri sekiranya beliau berjaya memenangi PRN kali ini.

Dalam majlis sama, DAP turut menamakan dua lagi calon bagi DUN Kedah iaitu Teh Swee Leong dan Tan Kok Yew dimana masing-masing bertanding bagi Kota Darul Aman dan Derga.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button