Berita SemasaPolitik

PRK Sungai Bakap: Hindari dakyah, fitnah dan unsur provokatif – Fahmi

PUTRAJAYA – Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil mengingatkan semua pihak agar menghindari dakyah, fitnah dan unsur-unsur provokatif dalam baki beberapa jam sahaja lagi sebelum tamat kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, malam ini.

Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima beberapa aduan mengenai taktik kotor yang digunakan dalam kempen PRK itu sebelum ini.

“Kami mengingatkan semua pihak untuk berkempen dengan sihat dan tidak menggunakan dakyah, fitnah serta unsur provokatif,” katanya di sidang media di sini hari ini.

Beliau juga memberi amaran bahawa MCMC bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan bertindak mengesan individu yang terlibat dalam tindakan provokatif.

Fahmi turut berkata, tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang didapati melanggar etika berkempen,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button