PRK Mahkota: PN setuju letakkan calon BERSATU
KOTA BHARU – Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, 28 September ini.
Menurut Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan, Perikatan Nasional (PN) mengambil pendekatan sama seperti PRK terdahulu, iaitu mengambil kira kerusi berkenaan adalah milik BERSATU sebelum ini.
“PN akan mengikut parti mana yang bertanding di kerusi berkenaan sebelum ini sebagaimana yang kita lakukan di DUN Nenggiri dan Sungai Bakap.
“Justeru, PN setuju BERSATU mengemukakan calon di kerusi berkenaan mewakili PN. Siapa calonnya tunggu mesyuarat PN terlebih dahulu,” katanya dalam satu sidang akhbar, malam tadi.
Kata Takiyuddin, pengumuman calon dijangka diadakan seminggu sebelum hari penamaan calon.
“Datuk Seri Mohamed Azmin Ali dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya BERSATU untuk PRK berkenaan,” katanya lagi.
PRK DUN Mahkota diadakan susulan kematian penyandangnya, Datuk Sharifah Azizah Syed Zain, 64, pada 2 Ogos lalu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 28 September sebagai hari pengundian manakala penamaan calon dan pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 14 dan 24 September ini.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






