PolitikBerita Semasa

PRK KKB : Sokongan Melayu kepada PH-BN meningkat 3 peratus

KUALA LUMPUR – Kemenangan gabungan Pakatan Harapan – Barisan Nasional (PH-BN) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Bharu pada Sabtu lalu merekodkan 42 peratus sokongan kaum Melayu iaitu peningkatan sebanyak tiga peratus berbanding Pilihan Raya Negeri (PRN) pada tahun lalu.

Institut Darul Ehsan (IDE) dalam satu kenyataan hari ini berkata, peningkatan sokongan kepada PH-BN itu turut disokong oleh peningkatan lapan peratus daripada kaum India.

Katanya, Perikatan Nasional (PN) yang bertanding pada PRK Kuala Kubu Bharu berjaya mendapat 56 peratus undi Melayu namun kalah kepada sokongan majoriti kaum Cina kepada PH-BN.

Pengurus Kanan Penyelidikan IDE, Khairul Arifin Mohd Munir berkata, kajian IDE turut menyaksikan kategori undi terpisah kepada dua dengan PH-BN menguasai undi pengundi atas 41 tahun manakala PN menguasai undi 40 tahun ke bawah.

Katanya, peratusan keluar mengundi bagi PRK juga menyaksikan anak muda menjadi golongan terendah yang melaksanakan tanggungjawab keluar mengundi, iaitu kurang 55 peratus.

“Peratusan turun mengundi terendah berdasarkan usia adalah antara 18 dan 24 tahun, iaitu kira-kira 53 peratus, manakala yang paling ramai turun mengundi adalah yang berusia 41 tahun ke atas, iaitu melebihi 60 peratus.

“Peratusan turun mengundi bagi kaum Melayu dan Cina adalah kira-kira 63 peratus, manakala India, kira-kira 57 peratus.

“Daripada jumlah itu, seramai 38.5 peratus memilih untuk tidak mengundi, iatu seramai 15,480 pengundi,” katanya.

Pada PRK Kuala Kubu Bharu Sabtu lalu, calon PH-BN yang ditandingi oleh Pang Sock Tao (DAP) menang dengan majoriti 3,869 menewaskan calon PN, Khairul Azhari Saut, Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

 

 

 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button