BERITA SEMASAPOLITIK

PRK Ayer Kuning: PH beri dokongan penuh bantu BN pertahan kerusi

PUTRAJAYA – Pakatan Harapan (PH) akan memberi laluan kepada rakan sekutunya, Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning, Perak susulan kematian penyandangnya baru-baru ini.

Menurut Ketua Setiausaha PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, parti itu akan memainkan peranan sebagai pendokong BN dalam pilihan raya kecil (PRK) tersebut.

“PH Negeri Perak telah mengadakan pertemuan dan saya telah menerima laporan awal daripada mereka sebagai Ketua Setiausaha PH.

“Keputusan kita setakat ini adalah untuk memainkan peranan sebagai pendokong.

“Memandangkan kerusi ini adalah milik penyandang daripada UMNO, maka PH akan memulakan gerak kerja awal bagi membantu mempertahankan kemenangan BN,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Iftar Kementerian Dalam Negeri (KDN), hari ini.

Dalam pada itu beliau juga telah menerima arahan langsung daripada Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, untuk mengatur persiapan dan mengaktifkan jentera di peringkat pusat dan negeri.

“Kita masih berada dalam kerangka kerjasama perpaduan, bukan sahaja di peringkat Persekutuan tetapi juga di peringkat negeri.

“Keputusan untuk menjadi pendokong dibuat berdasarkan prinsip penyandang (incumbency), dan ini adalah persetujuan dalam Kerajaan Perpaduan,” tegasnya.

PRK DUN Ayer Kuning diadakan susulan kekosongan kerusi selepas penyandangnya meninggal dunia baru-baru ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
PlatformPautan
FacebookMalaysia Tribune
X@malaysiatribune
Instagram@malaysiatribune
Threads@malaysia.tribune
YoutubeMalaysia Tribune
TikTokMalaysia Tribune
Whatsapp ChannelMalaysia Tribune
TelegramMalaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button