BERITA SEMASAPOLITIK

PRK Ayer Kuning: BN menang besar, majoriti 5,006 undi

TAPAH – Barisan Nasional (BN) mencatat kemenangan bergaya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning apabila berjaya memperoleh majoriti sebanyak 5,006 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) sebentar tadi selepas proses pengiraan undi tamat di 67 saluran tamat malam ini.

Calon BN, Dr. Mohamad Yusri Bakir memperoleh 11.065 undi; calon Perikatan Nasional (PN) Abd Muhaimin Malek (6,159) dan calon PArti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS memperoleh 1,059 undi.

PRK Ayer Kuning diadakan susulan kematian penyandangnya, Ishsam Shahruddin yang meninggal dunia akibat serangan jantung selepas menyertai perlawanan bola sepak persahabatan di Pulau Pinang pada 22 Februari lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Allahyarham Ishsam menang dalam pertandingan lima penjuru dengan majoriti 2,213 undi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button