Jangan politikkan kes Zara Qairina, nyawa manusia bukan bahan dagangan politik – AMK Pulau Pinang
KUALA LUMPUR – Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan untuk mempolitikkan tragedi melibatkan Allahyarhamah Zara Qairina.
Dalam satu kenyataan semalam, AMK Pulau Pinang menegaskan, sebarang usaha untuk meraih keuntungan politik daripada tragedi tersebut adalah tindakan yang tidak bermoral.
“AMK Pulau Pinang juga menolak sekeras-kerasnya sebarang cubaan untuk mempolitikkan tragedi ini. Nyawa manusia bukan bahan dagangan politik, dan sebarang usaha untuk meraih keuntungan politik daripada tragedi ini adalah tindakan yang tidak bermoral,” tegasnya.
Baca juga : Negara ini negara hukum, pelaku kes Zara Qairina tidak akan dilindungi – PM
Dalam masa yang sama, AMK Pulau Pinang menyatakan sokongan penuh terhadap kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail agar memberi sepenuh kepercayaan kepada polis siasatan secara menyeluruh, telus dan adil.
Menurut AMK Pulau Pinang, prinsip negara hukum perlu dipertahankan, di mana tiada sesiapa pun boleh terlepas daripada tindakan undang-undang sekiranya terbukti bersalah, tanpa mengira status atau kedudukan.
“AMK Pulau Pinang menegaskan bahawa Malaysia adalah sebuah negara hukum. Tiada sesiapa yang akan dilindungi daripada tindakan undang- undang sekiranya terbukti bersalah, tanpa mengira pangkat, darjat, atau kedudukan.”
Sebagai tanda solidariti, AMK Pulau Pinang turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah Zara Qairina dan mahu keadilan ditegakkan.
“AMK Pulau Pinang berdiri teguh bersama keluarga mangsa serta rakyat Malaysia yang mendambakan keadilan. Semoga roh Allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






