BERITA SEMASAPOLITIK

PN tekad perkukuh kekuatan walau hanya menang satu kerusi di Sabah

KUALA LUMPUR – Walaupun hanya memenangi satu kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17, Perikatan Nasional (PN) tetap beriltizam memperkukuh kekuatan gabungan itu pada pasca-pilihan raya.

Pengerusi PN Sabah, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, PN, yang menang satu kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di Karambunai, menerima keputusan itu dengan hati terbuka dan mengucapkan tahniah kepada parti yang menang.

Beliau bekata, PN akan terus memperkasa struktur jentera dan merapatkan saf kepimpinan bagi mengembalikan keyakinan rakyat Sabah terhadap gabungan itu.

“PN menghormati keputusan PRN Sabah dan merakamkan ucapan setinggi penghargaan kepada jentera serta penyokong yang membantu dan mengundi calon PN di 42 kerusi DUN Sabah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PAS semalam mencipta sejarah selepas calonnya yang bertanding atas tiket PN, Datuk Dr Aliakhbar Gulasan memenangi kerusi DUN Karambunai.

Keputusan rasmi PRN Sabah Ke-17 menyaksikan Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memenangi 29 kerusi, sekali gus muncul sebagai parti dengan kerusi terbanyak.

Pengerusi GRS, Datuk Seri Hajiji Noor mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sabah untuk penggal kedua, awal pagi tadi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button