POLITIK

PKR, UMNO sudah mulakan perbincangan tidak rasmi berkenaan PRN – Rafizi

KUALA TERENGGANU – Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO sudah mengadakan perbincangan tidak rasmi berkenaan Pilihan Raya Negeri (PRN) di peringat negeri termasuk Terengganu.

Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli bagaimanapun berkata, perbincangan itu hanyalah proses suai kenal antara kepimpinan kedua-dua parti dan bukannya melibatkan sebarang keputusan atau prinsip berhubung PRN.

“(Perbincangan mengenai PRN) belum secara rasmi. Yang berlaku sekarang secara tidak rasmi. Maksudnya di peringkat negeri masing-masing.

“Di Terengganu pun Nik Nazmi (Nik Ahmad Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Kelantan dan Terengganu) sudah jumpa dengan (Datuk Seri) Ahmad Said (Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu),” kata Rafizi.

Beliau yang juga Menteri Ekonomi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Terengganu di Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Beliau kemudiannya menambah, keputusan mengenai PRN termasuk pembahagian kerusi dan penggunaan logo akan terlebih dahulu dibincangkan secara rasmi oleh kepimpinan parti-parti di peringkat pusat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button