BERITA SEMASAPOLITIK

PKR Taiping santuni ahli sakit, sampaikan bantuan menerusi Ziarah Kasih MADANI

TAIPING – PKR Cabang Taiping meneruskan keprihatinan terhadap anggotanya apabila melaksanakan program Ziarah Kasih MADANI dengan menyantuni dua orang ahlinya yang sedang berdepan masalah kesihatan semalam.

Setiausaha Kerja PKR Cabang Taiping, Ab Aziz Ibrahim berkata, lawatan itu melibatkan Ahli Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Taiping, Naim yang tinggal di Taman Kuning Sari, Air Kuning dan baru sahaja menjalani pembedahan di tapak kaki akibat komplikasi kesihatan.

PKR Taiping santuni ahli sakit, sampaikan bantuan menerusi Ziarah Kasih MADANI
Sumbangan disampaikan bersama Timbalan Ketua Cabang PKR Taiping Pn. Sarimah

Selain itu katanya, rombongan tersebut turut menziarahi Premala dan suami yang juga ahli PKR di Pokok Asam, yang kini diuji dengan keadaan kesihatan yang kurang baik.

Menurut Ab Aziz, pihaknya turut menyampaikan sumbangan ikhlas sebagai usaha meringankan beban mereka.PKR Taiping santuni ahli sakit, sampaikan bantuan menerusi Ziarah Kasih MADANI

“Kami mendoakan agar kedua-dua anggota parti ini diberi kesembuhan, sentiasa tabah dan kuat menghadapi ujian yang dihadapi,” katanya kepada Malaysia Tribune hari ini.

Program Ziarah Kasih MADANI merupakan sebahagian daripada inisiatif kebajikan yang digerakkan PKR cabang tersebut dalam mendekati ahli serta masyarakat setempat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button