
PKR selaras tarikh kongres AMK, Wanita dan pemilihan parti 23 Mei
PETALING JAYA – Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyelaraskan semula tarikh pelaksanaan Kongres Nasional Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Kongres Nasional Wanita Keadilan bagi penggal 2024/2025 serta Pemilihan Parti 2025 susulan kebimbangan melibatkan aspek logistik dan kehadiran perwakilan.
Pejabat Setiausaha Agung PKR dalam kenyataan hari ini, memaklumkan keputusan itu dibuat selepas menerima permohonan rasmi daripada AMK dan Wanita PKR pada 7 Mei lalu yang menyuarakan kegusaran sekiranya kongres diteruskan pada 21 dan 22 Mei sebagaimana yang dirancang sebelum ini.
Hasil penelitian dan perbincangan lanjut, parti memutuskan Majlis Perasmian Bersama akan berlangsung seperti dijadualkan pada Khamis, 22 Mei 2025 pukul 8 malam di JB Expo, Berjaya Waterfront Hotel, Johor Bahru.
Sementara itu, Kongres Nasional AMK dan Kongres Nasional Wanita PKR akan diteruskan pada keesokan harinya, Jumaat, 23 Mei 2025 bermula pukul 7 pagi hingga 6 petang di lokasi yang sama.
Pada hari yang sama juga, Pemilihan Parti 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan AMK (MPAMK) dan Majlis Pimpinan Wanita PKR (MPWK) akan dijalankan serentak di dua lokasi berasingan iaitu di Berjaya Waterfront Hotel untuk MPAMK dan di Danga Bay Convention Centre untuk MPWK.
Penyelarasan itu diambil bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kongres dan memberi ruang yang lebih selesa kepada semua perwakilan untuk menyertai proses demokrasi parti secara aktif dan berkesan.
Platform | Pautan |
---|---|
Malaysia Tribune | |
X | @malaysiatribune |
@malaysiatribune | |
Threads | @malaysia.tribune |
Youtube | Malaysia Tribune |
TikTok | Malaysia Tribune |
Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
Telegram | Malaysia Tribune |