PKR: Anwar selesai jalankan tanggungjawab mengundi
JOHOR BAHRU – Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim selesai menunaikan tanggungjawab mengundi sempena Pemilihan PKR Peringkat Pusat yang berlangsung hari ini.
Anwar yang juga Perdana Menteri tiba di pusat pengundian di Hotel Berjaya Waterfront, di sini pada pukul 12.05 tengah hari, ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Proses pengundian secara fizikal itu diadakan serentak di dua lokasi berasingan iaitu di Pusat Konvensyen Danga Bay dan Berjaya Waterfront Hotel sempena Kongres Nasional PKR 2025.
Selain pengundian fizikal, ahli turut diberikan pilihan untuk mengundi secara dalam talian yang juga berlangsung hari ini.
Keputusan awal tidak rasmi bagi pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dijangka diumumkan seawal jam 9 malam ini, sementara keputusan rasmi barisan kepimpinan baharu dijadual diumumkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) pada jam 2.30 petang esok.
Pemilihan kali ini menyaksikan seramai 251 calon bertanding bagi sesi 2025–2028, melibatkan 104 pencalonan bagi MPP, 85 calon bagi Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan 62 calon bagi Majlis Pimpinan Wanita.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






