POLITIK

Persiapan Kongres PKR berjalan lancar – Dr Fuziah

JOHOR BAHRU – Persiapan bagi Kongres Nasional PKR yang akan berlangsung mulai esok berjalan lancar.

Setiausaha Agung parti, Dr Fuziah Salleh berkata, persiapan tersebut merangkumi kongres nasional sayap parti, iaitu Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan Wanita PKR, serta proses pemilihan jawatan tertinggi parti.

“Berdasarkan pemerhatian saya di lokasi, persiapan berjalan lancar dan mengikut perancangan.

“Saya sedang menyemak senarai penceramah dan tetamu jemputan untuk memastikan sama ada mereka telah memberikan maklum balas kehadiran atau tidak,” katanya kepada BERNAMA.

Fuziah berkata, ini termasuk jemputan kepada pimpinan parti dalam kerajaan MADANI untuk menghadiri Kongres Nasional PKR.

Majlis perasmian Kongres Nasional AMK dan Wanita PKR akan diadakan serentak pada pukul 8 malam esok.

Kongres penuh bagi kedua-dua sayap akan berlangsung dari pukul 7 pagi hingga 6 petang Jumaat (23 Mei), diikuti ucapan dasar oleh Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pemilihan PKR 2025 bagi Majlis Pimpinan Pusat, Majlis Pimpinan AMK dan Majlis Pimpinan Wanita PKR juga akan berlangsung pada hari yang sama.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button