Politik

Perjuangan Melayu tidak terikat satu parti – Nurul Syazwani

KUALA LUMPUR – Perjuangan Melayu tidak seharusnya terperangkap dalam mentaliti lama yang menganggap UMNO sebagai satu-satunya wadah membela kepentingan rakyat.

Ketua Penerangan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Nurul Syazwani Noh berkata, pemimpin Melayu perlu menghentikan budaya menyalahkan satu sama lain dan mencari titik persamaan demi masa depan bangsa serta generasi akan datang.

Nurul syazwani
Ketua Penerangan Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), Nurul Syazwani Noh

“Jika benar ikhlas, bukan hanya BERSATU yang perlu mengakui kesilapan, tetapi semua pemimpin Melayu harus berlapang dada dan bersatu atas dasar perjuangan rakyat.

“Retorik lama yang membawa kepada perpecahan politik harus dihentikan agar usaha membela rakyat tidak terhalang oleh dendam politik sempit,” katanya dalam.satu kenyataan semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang berkata, perjuangan bukan sekadar soal parti politik, tetapi mesti berlandaskan kepentingan rakyat.

“Jika benar mahu membela bangsa, buktikan dengan tindakan dan bukan hanya menyalahkan pihak lain untuk menutup kelemahan sendiri.

“Pemimpin politik Melayu perlu mengetepikan ego dan kepentingan peribadi bagi memastikan agenda perpaduan dan pembangunan rakyat terus diperjuangkan,” katanya lagi.

Terdahulu, Ketua Penerangan UMNO Negeri Sembilan, Datuk Ismail Lasim, menyeru pemimpin BERSATU kembali ke pangkuan UMNO dan mengakui kesilapan mereka sekiranya benar-benar ikhlas dalam memperjuangkan bangsa Melayu.

Bagaimanapun, Nurul Syazwani berpendapat perjuangan Melayu tidak boleh bergantung kepada satu parti sahaja, sebaliknya memerlukan kerjasama dan pendekatan lebih inklusif bagi memastikan kepentingan rakyat terus terpelihara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button