POLITIK

Pengumuman Ekonomi Madani bukan ‘gula-gula’ politik – Fahmi Fadzil

BANGI – Bukan gula-gula pilihan raya,” demikian kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fahmi apabila ditanya mengenai pelancaran kerangka Ekonomi Madani oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.

Fahmi berkata, beberapa berita baik yang diumumkan Perdana Menteri itu bukan langkah untuk menarik undi sebaliknya adalah urusan dan perkhidmatan biasa yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Pengumuman itu juga katanya tidak dilakukan dalam tempoh berkempen yang akan bermula esok bahkan kerajaan telah menetapkan bahawa tiada ‘jentera’ kerajaan akan digunakan untuk tujuan itu.

“Belum masuk lagi tempoh kempen (PRN). Kempen akan bermula secara rasminya esok selepas selesai proses penamaan calon.

“Arahan Perdana Menteri, apabila tempoh kempen bermula dari 29 Julai hingga 12 Ogos, tidak boleh guna jentera kerajaan, tidak boleh kita menyampaikan ‘gula-gula pilihan raya’.

“Oleh itu, tidak ada pengumuman projek ‘mi segera’. Itu disiplin kita kali ini,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Pakej Rahmah Jalur Lebar Tetap Allo di sini, hari ini.

Dalam pelancaran Ekonomi Madani semalam, perdana menteri mengumumkan bantuan e-tunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa yang berpendapatan kurang RM100,000 setahun.

Anwar juga mengumumkan bantuan khas RM300 kepada penjawa awam di bawah gred 56 dan RM200 kepada pesara kerajaan.

Pengumuman itu dilihat pembangkang sebagai cubaan Anwar menabur ‘gula-gula’ kepada rakyat susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan berlangsung pada 12 Ogos ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button