BERITA SEMASAPOLITIK

Pemuda UMNO desak jemputan Trump dibatalkan jika aktivis flotila tidak dibebaskan

KUALA LUMPUR – Jemputan kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, ke Malaysia perlu dibatalkan sekiranya semua aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) terutamanya warganegara Malaysia tidak dibebaskan, kata Datuk Dr Akmal Saleh.

Ketua Pemuda UMNO itu menegaskan, sekiranya tuntutan itu tidak dipenuhi, seluruh Pemuda UMNO dari seluruh negara akan turun membantah secara besar-besaran di hadapan Trump semasa lawatannya ke Kuala Lumpur.

“Kami mendesak pada pihak kerajaan agar membatalkan jemputan Trump ke Malaysia atau kami Pemuda UMNO seluruh negara akan turun bantah dihadapan Trump secara besar-besaran semasa lawatan Trump ke Kuala Lumpur,” katanya dalam kenyataan.

Dalam masa yang sama, Akmal menegaskan, sebarang tindakan menyakiti aktivis ibarat menyakiti seluruh rakyat Malaysia, malah mengajak rakyat berani berdepan secara terus dengan Trump.

“Biar kita berdepan dengan Trump secara terus Sakiti mereka, sama dengan sakiti kami semua rakyat Malaysia! Bebaskan aktivis Global Sumud Flotilla!” tegas beliau.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan insiden pemintasan dan penahanan sukarelawan GSF oleh tentera Israel yang turut melibatkan beberapa warganegara Malaysia awal pagi tadi.

Akmal sebelum ini turut menggesa tindakan undang-undang antarabangsa dan siasatan bebas bagi menilai tindakan Israel.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button