Politik

Pemilihan PKR: Senarai muktamad calon diumum 28 Mac

KUALA LUMPUR – Jawatankuasa Pemilihan PKR akan mengumumkan senarai muktamad calon bagi peringkat Cabang, Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang dan Wanita Cabang pada 28 Mac ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, calon yang ingin menarik diri atau membatalkan pencalonan diberikan tempoh sehingga 20 Mac bagi memastikan proses pemilihan berjalan lancar.

Menurutnya, fasa pemilihan kini memasuki peringkat bantahan terhadap calon yang bermula hari ini, dari pukul 12 tengah hari sehingga 11.59 malam Khamis ini.

PKR
Datuk Seri Dr. Zaliha Mustafa bersama calon di Wilayah Persekutuan Labuan.

“Selepas proses bantahan, sesi rayuan akan dibuka dari 24 hingga 25 Mac bagi memastikan ketelusan dan keadilan kepada semua calon yang bertanding.

“Bagi calon yang memilih untuk menarik diri atau membatalkan pencalonan, mereka diberikan ruang sehingga 20 Mac sebelum senarai muktamad diumumkan pada 28 Mac,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dr Zaliha turut memaklumkan pemilihan PKR 2025 mencatat penyertaan luar biasa dengan lebih 17,500 pencalonan diterima daripada 222 Cabang di seluruh negara.

“Ia mencerminkan komitmen tinggi anggota parti dalam mengukuhkan demokrasi dalaman yang matang dan inklusif.

“Penyertaan besar itu membuktikan PKR terus menjadi wadah perjuangan yang demokratik, terbuka serta menitikberatkan penyertaan akar umbi,” katanya lagi.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button