BERITA SEMASAPOLITIK

Pemilihan PKR: Anwar sokong HIRUK, DAMAI, bukan ‘cai’

JOHOR BAHRU – Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan adalah lebih wajar menilai kelayakan dan keupayaan setiap calon secara individu, berbanding bergantung kepada senarai sokongan atau ‘cai’ dalam pemilihan majlis pimpinan pusat PKR yang bermula pagi tadi.

Presiden PKR yang juga Perdana Menteri itu berkata, beliau memilih kedua-dua kempen iaitu Hidupkan Idealisme Reformasi Dalam Ujian Kuasa (HIRUK) dan Dari Akar, Membina Aspirasi Inklusif (DAMAI).

“Saya tak bawa ‘cai’, sebab itu ambil masa panjang, nak teliti satu persatu. Tengok mana yang terbaik, kita undi. Itu yang sebaiknya,” katanya selepas selesai mengundi pada Pemilihan PKR di sini, hari ini.

Anwar diiringi isteri yang juga Pengerusi Majlis Penasihat PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa serta Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.

Ditanya mengenai kehadiran Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Rafizi Ramli pada Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR 2025 malam ini, Anwar yakin Ahli Parlimen Pandan itu akan hadir.

“Saya ingat dia datang. Dia tak beritahu, tapi sebab dia Timbalan Presiden, dia mesti datang,” katanya sambil menyatakan Rafizi sentiasa hadir dalam Mesyuarat Jemaah Menteri.

Anwar dijangka menyempurnakan Majlis Perasmian Kongres Nasional PKR 2025 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada di sini malam ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button