Kemenangan pembangkang tidak diterjemah dalam usaha tangani isu sosial – Zahid
KUALA LUMPUR – Kegagalan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang dalam menangani isu-isu sosial menunjukkan kemenangan mereka dalam pilihan raya atas sentimen agama dan kaum tidak diterjemahkan kepada kecekapan tadbir urus, kata Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Timbalan Perdana Menteri berkata, data menunjukkan isu seperti penyalahgunaan dadah, jenayah seksual dan kecurian yang direkodkan di negeri terbabit adalah antara yang tertinggi.
“Apabila kuasa ada pada mereka, soal-soal kebejatan sosial atau `social illness’ ini tidak ditangani, maka ini adalah peluang untuk menilai kegagalan mereka.
“Dan kita mesti memecahkan minda yang taksub atau cult (kultus) ini untuk rakyat merealisasikan dukungan kepada BN as better nation (BN sebagai parti lebih baik),” katanya.
Pengerusi Barisan Nasional itu berkata demikian dalam ucaptama pada program Better Nation BN Forum keempat bertajuk ‘Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari PRU Kanada, Singapura, Australia’ di sini malam tadi.
Forum bertajuk `Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari PRU Kanada, Singapura dan Australia’ itu dikendalikan Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.
Baca juga : Zahid arah BN jawab isu tular dalam tempoh tiga jam
Sementara itu, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO berkata, Malaysia boleh mengambil contoh daripada kerajaan Singapura, Kanada dan Australia yang mana gabungan rentas parti boleh diwujudkan di sesebuah negara sekiranya dibina atas nilai bersama.
@malaysiatribune Kegagalan kerajaan negeri yang ditadbir pembangkang dalam menangani isu-isu kebejatan sosial menunjukkan kemenangan mereka dalam pilihan raya atas sentimen agama dan kaum tidak diterjemahkan kepada kecekapan tadbir urus, kata Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. #malaysiatribune #zahidhamidi #umno #barisannasional
Jelas beliau, perkara itu juga sedang berlaku di negara ini ketika ini apabila 18 buah parti politik bergabung untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil.
“Kita mesti mengakui bahawa Malaysia adalah negara yang mempunyai masyarakat majmuk dan kemajmukan ini harus dipertahankan.
“Soal keutamaan kepada kesejahteraan rakyat bukan hanya retorik, tetapi mesti diterjemahkan dengan agenda yang perlu dilaksanakan untuk tempoh lima tahun yang akan datang,” katanya lagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






