BERITA SEMASAPOLITIK

Pelantikan ketua kampung di Johor ikut merit, bukan desakan politik

JOHOR BAHRU – Pelantikan ketua kampung dan ketua masyarakat Cina di negeri ini bagi penggal 2025 hingga 2027 dibuat berdasarkan merit dan kelayakan individu, bukan desakan politik mana-mana pihak.

Exco Perpaduan, Warisan dan Budaya Johor, Mohd Jafni Md Shukor berkata, kerajaan negeri tidak menerima sebarang tekanan daripada parti politik dalam proses pelantikan jawatan itu.

Menurutnya, setiap calon dinilai secara teliti oleh jawatankuasa khas dengan mengambil kira latar belakang, pengalaman serta keupayaan mereka untuk memimpin dan menyumbang kepada masyarakat.

“Kita tidak melantik sesiapa berdasarkan permintaan politik, sebaliknya atas merit dan prestasi individu yang layak.

“Mereka yang pernah menjadi ketua kampung sebelum ini dan menunjukkan prestasi baik, turut diberi peluang menyambung khidmat,” katanya kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Gawai 2024 peringkat negeri Johor di Dewan Jubli Intan, Pontian, semalam.

Beliau berkata, dakwaan kononnya pelantikan jawatan Ketua Kampung di beberapa kawasan dibuat atas desakan pihak tertentu adalah tidak benar.

Tambah beliau, kerajaan negeri mengambil serius soal tadbir urus di peringkat akar umbi dan ingin memastikan setiap pemimpin kampung mempunyai kebolehan dan komitmen untuk berkhidmat kepada penduduk.

“Kita mahu ketua kampung yang benar-benar bekerja dan turun padang. Mereka bukan hanya simbol, tetapi pemimpin akar umbi yang penting dalam sistem penyampaian kerajaan,” katanya lagi.

Difahamkan, seramai 817 individu dilantik sebagai ketua kampung dan ketua masyarakat Cina di seluruh Johor untuk tempoh dua tahun bermula 1 Julai 2025.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button