Politik

Pas bidas cadangan Ahmad Zahid

CYBERJAYA – Parti PAS membidas cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mewujudkan rang undang-undang (RUU) bagi mengekalkan kerajaan sedia ada hingga habis penggal.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan menyifatkan cadangan itu sebagai tidak masuk akal sambil berkata, pertukaran kerajaan di luar PRU adalah dibenarkan di bawah Perlembagaan Persekutuan dan selaras dengan prinsip demokrasi negara.

Jelasnya, perdana menteri yang dilantik selepas PRU atau bila-bila masa lain tetapi kemudian hilang kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat hendaklah meletakkan jawatan bersama anggota Jemaah Menterinya, melainkan jika atas permintaan Parlimen dibubarkan oleh Yang Di-Pertuan Agong seperti diperuntukkan dalam Perkara 43(4) Perlembagaan.

“PAS tertanya-tanya apakah faktor yang mendorong seorang pemimpin kanan dan veteran seperti Zahid membuat cadangan yang begitu novis (baharu), terutama sekali selepas Anwar Ibrahim berkali-kali mendakwa kerajaan pimpinannya mendapat sokongan lebih dua pertiga di Parlimen

“Adakah Zahid tidak yakin dengan dakwaan itu atau apakah beliau begitu terdesak untuk kekal berkuasa sehingga bersedia untuk membelakangkan Perlembagaan dan demokrasi sama seperti yang dilakukannya bagi mempertahankan kedudukan sebagai presiden Umno?,” kata Takiyuddin dalam satu kenyataan, hari ini.

Semalam, Zahid mencadangkan diwujudkan RUU untuk mengekalkan kerajaan sehingga tamat penggal, susulan dakwaan wujud usaha menumbangkan pemerintahan Anwar Ibrahim menerusi ‘Langkah Dubai’ seperti dilaporkan media.

Zahid berkata RUU itu penting bagi menghalang usaha menumbangkan kerajaan atau ‘tebuk atap’ yang dipilih melalui pilihan raya, seterusnya menstabilkan negara.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More

Related Articles

Back to top button